Pakej Percutian

PULAU REDANG







Pakej Pulau Redang (3D2N)


Penginapan: Penginapan dan kemudahan berhawa dingin
Makan/minum: 8 kali makan (2 x sarapan, 2 x makan tengah hari, 2 x minum petang (tea break), 2 x makan malam)
Pengangkutan: Feri pergi dan balik dari jeti Syahbandar - Redang (Return feri transfer)

*Hubungi pengurus jabatan kami untuk mendapatkan keterangan lanjut



Pakej Pulau Redang (2D1N)


Penginapan: Penginapan dan kemudahan berhawa dingin
Makan/minum:4 kali makan (1 x sarapan, 1 x makan tengah hari, 1 x minum petang (tea break),1 x makan malam)
Pengangkutan: Feri pergi dan balik dari jeti Syahbandar - Redang (Return feri transfer)

"Jom bersama-sama kami menikmati adventure di Pulau Redang"

Hubungi pengurus jabatan kami untuk mendapatkan keterangan lanjut.


           

 PULAU PERHENTIAN






Pakej ke Pulau Perhentian (3D2N)


Penginapan:chalet 2 malam penginapan dengan berhawa dingin + bilik mandi dilampirkan
Makan/minum: kali makan (2 x sarapan, 2 x makan tengah hari, 1 x makan malam, 1 x makan malam BBQ)
Pengangkutan: Bot laju Kuala Besut jeti - Resort - Kuala Besut jeti

Hubungi pengurus jabatan kami untuk mendapatkan keterangan lanjut


Pakej ke Pulau Perhentian  (2D1N)


Penginapan: Penginapan dan kemudahan berhawa dingin
Makan/minum:4 kali makan (1 x sarapan, 1 x makan tengah hari, 1 x minum petang (tea break),1 x makan malam)
Pengangkutan: Bot laju Kuala Besut jeti - Resort - Kuala Besut jeti

Hubungi pengurus jabatan kami untuk mendapatkan keterangan lanjut


                     Pakej percutian ke Genting Highlands (3D2N)

 Pagi           :     Bertolak dari Kuala Terengganu ke Genting Highlands 
Tengahari :     Makan tengahari (sendiri) di R@R LPT
                         Tiba di Genting Highlands
                         Check In Hotel
                          Acara bebas (Taman Tema) 
 Malam :          Makan Malam (sendiri)
                          Acara Bebas (Taman Tema)
                          Menginap di Hotel
HARI 02              
Pg           :        Sarapan pagi di hotel
                         Acara Bebas (Taman Tema)
                         Menginap di hotel
HARI 03              
Pagi :              Sarapan pagi di hotel
                        Acara Bebas (Taman Tema)
Tengahari:    Check Out Hotel
                       Bertolak balik ke Kuala Terengganu
Malam:         Dijangka tiba di Kuala Terengganu.


                                                                  LANGKAWI



HARI 1 JETI KUALA PERLIS – LANGKAWI (D)
Sampai di Jeti Kuala Perlis, peserta akan menaiki bot ke Langkawi. Setibanya di sana, peserta akan 
dibawa ke hotel untuk daftar masuk. Aktiviti bebas pada sebelah petang. Makan malam di hotel / 
restoran tempatan.
HARI 2 LANGKAWI (B,L,D)
Selepas sarapan di hotel, peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan bersejarah
 seperti makam Mahsuri, Underwater World, Langkawi Cable Car, Galeri Perdana, Kilang Gamat dan
 Eagle Square (bayaran masuk atas peserta). Makan tengahari di restoran tempatan dan kembali ke 
hotel. Aktiviti bebas pada sebelah petang. Makan malam di hotel penginapan. Selepas makan, peserta 
bebas melakukan aktiviti masing-masing.
HARI 3 LANGKAWI – JETI KUALA PERLIS (B)
Selepas sarapan di hotel, peserta bebas melakukan aktiviti masing-masing. Daftar keluar hotel dan
 peserta dibawa ke Jeti Kuah untuk menaiki bot ke Kuala Perlis. Peserta pulang ke destinasi masing-masing.









                                                Kuala Terengganu

pulau kapas
.
Pulau Kapas yang terletak kira-kria 6km dari pinggir pantai Marang ialah sebuah pulau yang tersohor
 dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. 
Pulau ini yang agak terpencil, jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai
 untuk mereka yang mencari tempat untuk ketenangan dan berehat. Pelbagai jenis batu karang lembut
 dan keras, ikan, penyu dan hidupan laut lain yang menarik menjadikannya destinasi wajib bagi 
penyelam skuba dan perenang snokel yang arif.
.

Suasana pulau yang santai ini memberi keselesaan kepada pelawat untuk berehat di sini. Selain itu 
terdapat pelbagai aktiviti di sini untuk memenuhi masa lapang anda. Pilih sahaja kesukaan anda : 
menyelam, berenang, snokel, luncur papan air, kayak, menaiki bot atau memancing.
Pulau Kapas sukar dikunjungi sewaktu musim hujan di pantai timur (November - Mac).
.
Perjalanan bot dari Marang ke Pulau Kapas memakan masa selama 30 minit. Pulau ini mempunyai resort 
yang selesa tetapi pelawat disarankan menempahnya sebagai sebahagian dari pakej percutian menyelam
 yang merangkumi makanan, sesi menyelam dan tempat penginapan.


Pakej 3D 2N

rantau abang










Satu lagi tempat yang sepatutnya termasuk di dalam jadual percutian pelancong ialah Rantau Abang
 yang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di sini, pelawat boleh menunggu dari tengah 
malam hingga ke subuh bagi melihat penyu belimbing yang besar naik ke darat untuk bertelur. 
Penyu-penyu ini merangkak perlahan-lahan di pasir putih untuk bertelur, meninggalkan gambaran 
yang tidak mungkin dapat dilupakan pelawat.



Penyu raksasa ini boleh membesar sehingga 2.5m panjang dan kadangkala seberat lebih dari 375kg. 
Rantau Abang ialah salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu ini 
dari bulan Mei hingga September. Penyu dan telur penyu ini adalah dilindungi. Telur penyu dikesan 
dan dialihkan oleh ahli sains ke pusat inkubator di mana persekitarannya akan dikawal bagi menentukan
 jantina penyu yang menetas sebagai usaha agar spesis ini terus wujud.



Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut
 mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur. Perkhidmatan bas 
dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.


pulau redang
.
Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari
 gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan.
Pulau ini menawarkan air laut yang jernih dan beraneka tapak selaman skuba bagi penggemar aktiviti
 menyelam. Perairan yang terlindung di sekitar Taman Laut Pulau Redang ini kaya dengan pelbagai
jenis hidupan laut yang cantik dan menarik.






Di waktu tengahari, apabila matahari bersinar terang menebusi air laut, kelihatan jelas terumbu karang
 yang beraneka jenis, anemone, dan ikan-ikan yang berwarna-warni. Perairan di sekitar Pulau Redang
 juga mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse yang
 karam di sini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya.




Pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan,
 menaiki bot dan menaiki kanu. Oleh kerana Pulau Redang telah diwartakan sebagai Taman Laut, aktiviti
 memancing tidak dibenarkan dalam kawasan lingkungan sejauh 3.2km dari pulau. Pelawat juga dilarang 
mengumpul batu karang atau sebarang hidupan laut yang lain. Berjaya Resort di sini menawarkan
 kemudahan padang golf dengan persekitaran yang mempesona.

.
Pulau Redang adalah lebih besar dan mempunyai lebih banyak aktiviti berbanding dengan kedua-dua
 Pulau Perhentian yang berdekatan. Mulakan penerokaan pulau-pulau di sini dengan menaiki bot di
 salah satu jeti di Kuala Terengganu dan Merang. Perjalanan bot ke Pulau Redang memakan masa selama 
satu jam dari Kuala Terengganu dan 50 minit dari Merang.




3 comments:

  1. Bole bagi harga untuk ke genting tak ?? memang for 3day/2night je ?

    ReplyDelete
  2. email me at asyira_syahirah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf atas kelewatan membalas komen cik. kami telah menghantar e-mail untuk urusan lanjut. terima kasih

      Delete